Posts

Showing posts from May, 2016

Harapan Abah 02: Ikhlas Menyayangi

Abah selalu pesan, “abah harap akak kahwin dengan orang yang betul-betul sayangkan akak macam abah sayangkan akak. Abah tak minta lebih. Kalau dia sayang akak macam abah, abah jamin akak bahagia...”
Aku selalu terfikir, kenapa satu kriteria sahaja yang abah tetapkan sebagai syarat untuk bakal menantunya padahal banyak lagi kriteria lain yang bapa-bapa lain tetapkan seperti beragama, hormat orang tua, sudah stabil dan sebagainya. Pendek kata, untuk menjadi menantu abah, kriteria itu sangat senang.
Tapi semakin masa berlalu, aku mula faham definisi sayang itu terlalu subjektif. Kau tidak pernah tahu jika seseorang sebenarnya betul-betul mampu menyayangi kau sebagaimana ibu dan bapa kau sebab segalanya indah pada permulaan dan pada saat manis sahaja. Walhal, sayang sebenarnya memberi maksud yang lebih meluas. Bagaimana dia berdepan dengan kau saat kau mengadu padanya tentang masalah kau, saat kau dan dia menghadapi masalah, saat kau perlu bertoleransi dengannya, saat dia berhadapan dengan …