Posts

Showing posts from 2015

Persekitaran dan Kematangan

Hari ni masuk hari ke-6 study week dan secara rasminya, aku dah bazirkan enam hari aku dengan buat perkara yang sia-sia. Mungkin lumrah setiap kali study week, aku jadi tak keruan. Masa ni lah dugaan besar nak keluar berjalan, nak tengok movie, nak lepak, tidur, survey barang, survey rumah sewa, bilik sewa dan sebagainya. Mana entah semangat yang mula berkobar-kobar nak dapat dekan tiap kali periksa. Sekarang pointer asal lepas pun dah kira bersyukur.
Mungkin lah sejak masuk degree, aku cuba cari rentak. Aku pernah pegang sijil dekan masa tamhidi dua kali. Tamhidi bagi aku susah, transition dari zaman sekolah ke zaman pra-uni dan aku tak sangka, aku pernah dapat 3.9 something. Sekarang? Aku target lepas 3.0 jelah. Susah nak bawa subjek-subjek law dengan syariah ni. Tapi alasan susah tu sebab aku malas je rasanya. Dan sebab malas tu, salah satu mungkin sebab persekitaran aku.
Kalau semester-semester sebelum ni, aku diuji dengan benda lain sehingga membuatkan aku hilang fokus, semester…

Di Ambang Mock Trial USIM 5.0 (خطأ)

Image
Minggu depan, 2 Disember merupakan pementasan Mock Trial buat kali ke-5. Agak mengujakan untuk Mock Trial kali ni sebab aku merupakan ketua bagi unit Publisiti dan anak buah aku semuanya lelaki dan kerja publisti sangatlah banyak dan tak terkira. Bukan mengujakan sebab anak buah lelaki ya tapi sebab kerja-kerja yang terlampau banyak sampai aku memanfaatkan masa aku stay di fakulti sampai tengah malam, uruskan tempahan tiket, kira duit kasi cukup, bank-in duit dan sebagainya. Aku kira memadailah kesibukan aku untuk melupakan perkara-perkara yang agak menyerabutkan kepala dua tiga menjak ni.
Jadi, tugas publisiti apa? Menguruskan tempahan tiket, bunting dan poster dengan kedai Anjung Aksara dan menguruskan tempahan banner di Kedai Yuka Printing.Design poster rasmi, banner, bunting dan tag nama untuk Mock Trial kali ni. Aku tak kisah sangat pasal design sebab kami ada designer ulung, Alif Omar. Ni kali kedua dia design untuk Mock Trial. Design tiket dan menguruskan jualan tiket. Aku ambil…

Ulasan Teater: Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Image
18 Oktober 2015, aku bersama rakan-rakanku (Maryam, Salmah dan Fatehah) pertama kali menjejakkan kaki ke Istana Budaya untuk menonton persembahan teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Aku dah baca novel, dah tengok filem dan dah tengok teater. Jadi nak komen sedikit sebanyak pasal teater. Tak reti sebenarnya, tapi #siscoba


Dari segi pelakon, aku suka watak Hayati yang dibawakan oleh Nabila Huda, penuh penghayatan dan perasaan. Babak Hayati banyak menangis. Tak tahu lah lobam mana mata beliau nak bawa watak tu seminggu. Eheh. Watak Zainuddin yang dibawakan oleh Amar Baharin pula agak kurang menyengat tapi good job lah. Ada babak-babak Zainuddin yang aku rasa meresap ke dalam jiwa. Tapi antara Zainuddin teater dan Zainuddin filem, memang Zainuddin filem lagi win!

Dari segi plot penceritaan, dalam buku harus lah penceritaan yang paling holistik. Dengan bunga bahasa yang indah, plot cerita yang menarik dan lebih terperinci, jadi untuk dijadikan teater, pengarah kena tonjolkan beberapa ba…

Ulasan Filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Image
Bengkak mata menonton filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Pertama kali membaca novel karya Buya Hamka ini pun sudah mampu menitiskan air mata. 
Cerita yang mengisahkan seorang pemuda yang bernama Zainuddin dari Makassar yang merantau ke negeri kelahiran arwah bapanya di Batipuh, Padang Panjang. Ibunya merupakan orang Bugis, manakala bapanya berketurunan Minang. Zainuddin telah jatuh hati dengan Hayati yang berdarah Minangkabau. Tetapi percintaan mereka dihalang gara-gara Zainuddin dikatakan anak orang terbuang lantaran ibu Zainuddin berdarah Bugis, maka keturunannya tidak diakui. Zainuddin diarah oleh Ketua Adat Minangkabau supaya keluar dari Batipuh dan kemudiannya dia berhijrah ke Padang Panjang untuk belajar agama. Sebelum meninggalkan Batipuh, Hayati berjanji dan bersumpah untuk sentiasa bersama dan mencintai Zainuddin selagi hayat dikandung badan. Zainuddin berpegang dengan janji Hayati, berserta azam dan semangat, dia memulakan hidupnya di Padang Panjang. Cerita ini dihiasi…

Eskapisme Seni

Image
Tak sangka sebenarnya masih ada reader. Bila tengok hit counter sebelah kanan blog ni, asyik bertambah je walaupun dah lama tak buka. Terima kasih sekiranya ada yang membaca.
Kembali berkarya setelah beberapa bulan berehat, dan aku rasa aku masih kaku. Skill aku masih banyak perlu diasah dan aku sendiri kurang berpuas hati dengan karya sendiri. Sampai satu masa, aku terfikir, segala penat lelah yang terhasil boleh dilenyapkan dengan hanya ketiadaan usaha. Bakat seharusnya diasah, bukan selamanya tertancap dek kejayaan-kejayaan lepas. Sememangnya aku iri dengan mereka yang kreatif, seperti mahu meminjam kepala dan tangan mereka buat selama-lamanya.
ANTARA KARYA YANG DIHASILKAN SEMESTER INI:







Bukan mudah untuk berkecimpung dalam dunia seni. Aku tak pernah meletakkan nama aku sebaris dengan mereka-mereka yang berbakat seperti rakan-rakan aku yang lain. Tetapi mendapat pengiktirafan dalam kalangan keluarga dan teman juga sudah cukup menyenangkan aku. Saat mereka merujuk aku untuk bertanya …

Antara Demam dan Berjauhan

Image
Betul lah bila tak sihat macam ni, baru nak hargai semua nikmat makan, berjalan dan sebagainya. Kalau waktu sihat, bukan main nak jaga makan, nak diet, bersenam, berjalan, bergiat aktif dan macam-macam lah. Hari ni dah masuk hari ketiga demam, tapi demam aku memang selalu pelik. Waktu siangnya tak seteruk waktu malam. Waktu malam, semua nak meragam. Makan pun tak lalu, loya, badan menggeletar, mata berair dan badan jadi sangat lemah.
Tahu tu simptom biasa untuk orang demam. Sebagai orang yang jarang demam, aku rasa itu salah satu ujian yang terberat pernah aku rasa. Waktu-waktu macam ni, terasa sangat perlukan mereka yang dekat. Tak dapat nak sangkal, waktu macam ni lah nak perhatian lebih. Ibu Abah telefon tanya keadaan macam mana, kawan mesej, kawan tolong beli makanan, kawan itu ini. Rasa menyusahkan jugak kadang-kadang waktu-waktu macam ni tak boleh nak berdikari sendiri. Tapi, kalau buat semuanya sendiri, sayu jugak rasa dia.





















Apa tujuan aku tulis post ni pun aku tak tahu. Jarang…

Sisi 'Positif' Seorang Optimis

Image
Hari ni aku bazirkan masa, kertas dan dakwat printer dengan cubaan mencetak PDF buku 'The Forty Rules of Love', buku setebal 229 muka surat tulisan Elif Shafak. Orang kata buku ni best. Dah dua orang kenalan aku bagi rating tinggi kat buku ni. Aku cuba baca dekat telefon, tapi aku memang tak suka baca versi e-book, jadi aku terfikir untuk print. Malangnya, printer aku bukanlah laserjet mahupun printer canggih yang boleh print banyak muka surat satu masa, aku guna officejet sahaja, dan seperti boleh dijangka, dakwat hitam HABIS setelah mesin sudahpun mencetak lebih separuh buku. Hampa tahu? Tu lah buat kerja gila lagi walaupun dah boleh expect. Ni siapa nak bayar balik catridge dakwat yang dah habis ni? Laporan latihan industri pun tak siap lagi tu. Kena print kat kedai lah nampak gaya.





Aku jarang buat kerja sia-sia macam ni. Biasanya aku akan buat bila aku rasa benda tu bagi nilai dan pengalaman berharga kat aku. Orang kata buku ni best. Aku dah baca beberapa muka surat teraw…

Tentang Terlepas Flight, Animasi Home dan Rindu

Image
30 Jun 2015, KLIA2.


Insiden pertama terlepas flight ke Kota Bharu. Rasa ralat juga dengan sikap berlengah yang susah nak ubah ni. Keluarga aku semua sedia maklum dengan bad habit aku yang satu ni. Bila ibu tahu, terus dia bagi public lecture pasal masa. Bukannya tak cuba usaha, ada juga usaha nak ke sana walaupun tahu harapan tu tipis. Bak kata kawan aku, "kau memang kan. Suka buat kerja gila.." 
Lepas akak kaunter check-in bagitahu aku yang aku dah tak boleh masuk flight, aku terus ke kaunter U16 untuk urusan pertukaran tiket flight. Lagak orang kaya, walaupun aku tahu, aku takkan mampu beli tiket penerbangan seterusnya untuk balik pada hari yang sama. Tapi, aku nak juga tahu berapa pembayaran yang harus dibuat untuk penerbangan seterusnya. 
"Kak, saya nak tanya, next flight ke Kota Bharu pukul berapa ya?" "Pukul 1.35 petang, seratus tujuh puluh satu.." "seratus tujuh puluh satu apa ya? ringgit?" *aku tahu soalan aku noob gila* "Ya, RM 17…

Yang dicanang-canang matang

Tak sangka minggu last study ni aku banyak gila ponteng kelas, siapkan assignment tertunda. Tak tahu lah kalau aku yang banyak bertangguh buat kerja atau aku agak malang bila dapat ahli yang terlalu dependent. Kalau nak buat kerja, kena tunggu arahan kita, lepas tu bila tanya siapa willingly nak compile, semua tutup mata, tak balas apa-apa. Sudahnya, kita juga yang terkontang-kanting jadi editor untuk semua benda sampai sanggup skip kelas sebab nak kejar deadline.
Aku tak kata aku tak salah. Aku pun banyak kali bertangguh buat kerja. Sanggup pergi berjalan sana sini, berjimba tak henti-henti dengan harapan siapkan kerja kemudian sebab aku rasa pengalaman lagi susah nak dapat. Dan aku pun banyak kali volunteer untuk kumpulkan pelbagai macam kerja sebab aku tahu aku boleh siapkan sebelum sampai masa submission. Yang agak pissed off bila nak minta tolong teammate tapi teammate buat bodoh. Menyirap tahu? Nak marah pun kawan jugak, lagi tua daripada aku pulak tu semua. Kang timbul soal ta…

Akur dan terima

Image
Pernah tak kau rasa tersepit untuk lakukan apa-apa? Seolah-olah diluah mati emak, ditelan mati bapa?
Kalau kau tak buat, kau rasa bersalah. Kalau kau buat pun, kau tetap rasa bersalah. Perasaan macam ini aneh. Akhirnya, kau lagi memilih untuk bersendiri, berbuat apa sahaja yang terlintas di kepala dan cuba positif setiap masa bahawa semua yang berlaku, bukan berlaku saja-saja.
Tapi sampai satu masa, kau seperti mempersoalkan apa yang berlaku, kenapa mesti berlaku dekat kau walaupun kau tahu persoalan-persoalan emosi ini hanya membuahkan lelah sahaja. Kau takkan temui jawapan dan kau harus percaya, sesuatu yang besar pasti akan berlaku di akhirnya.
Kau harus akur dan terima.




Kebutuhan Twitter

20 haribulan dah hari ni, menandakan sudah hampir seminggu aku deactivate akaun Twitter aku. Ada juga yang bertanya kenapa tiba-tiba. Siap whatsapp sebab terkejut dengan ke-tidak-biru-an nama aku bila mereka mention. Jawapan sama yang aku berikan yang aku sudah malas dan bosan berTwitter, mereka langsung tidak percaya. Nampak sangat aku terlalu addictive sebelum ni.
Bila jadi macam ni (tertanya kenapa delete akaun Twitter), aku rasa betapa butuhnya kita kepada media-media sosial. Bila seseorang memutuskan untuk tidak lagi aktif di mana-mana akaun sosial, seolah-olah sudah terputus hubungan kawan yang tercipta selama ini. Boleh lah kot nak guna kata bila dah tiada baru terasa? Aku ingat kata-kata ni sesuai untuk bercakap tentang mereka yang sudah pergi dari dunia atau mereka yang putus cinta. Media sosial pun terpakai juga lah.
Seminggu tanpa Twitter, ada juga lah perasaan nak tweet benda-benda yang difikirkan, nak buang masa scroll timeline, nak stalk orang dan sebagainya. Tapi bila …

Tentang Twitter yang Memabukkan

Saat aku tulis post ni, mungkin seminggu atau beberapa hari sebelum aku deactivate akaun Twitter aku. Aku kena fikir dalam-dalam tentang perlu atau tidak aku deactivate akaun ni sebab aku ada akaun Twitter sejak tahun 2009, ketika aku masih di sekolah menengah. Masa itu, kebanyakan kawan aku masih belum ada lagi akaun Twitter. Kemunculan akaun Twitter ini sama munculnya dengan akaun Facebook, Tagged dan Blogsot. Zaman aku baru kenal apa itu internet lah katakan.
Aku harus mengaku aku agak addictive dengan twitter. Kalau bosan, apps pertama yang aku buka di telefon adalah Twitter, tab pertama yang aku buka di Google Chrome adalah Tweetdeck. Walaupun aku tak tweet terlalu banyak, tapi masa aku terlalu lama dihabiskan di timeline, melihat timeline bergerak dan stalk akaun orang kadang-kadang. Ohoi stalk? Ya, aku bet semua orang buat. Seronok tengok rungutan dan monolog dalaman orang dekat Twitter ni sebab kebanyakan yang ditweet adalah benda yang difikir oleh mereka masa itu.
Memang dia…

Mellow

Mood semenjak dua menjak ni agak mellow. Mungkin disebabkan peristiwa-peristiwa yang aku tak jangka akan berlaku akhir-akhir ni, kalau jangka pun akan berlaku, aku tak expect kesannya akan sampai begini. Sudah terlalu banyak menangis, sudah terlalu sering sakit kepala, sudah terlalu banyak tidur, sudah terlalu banyak kelas atau komitmen yang aku ponteng, sampai aku pun tak faham kenapa sampai macam tu.
Tapi, aku rasa aku dah boleh terima kenyataan yang kita bukanlah sesiapa untuk mengubah keadaan seseorang, bukan siapa-siapa untuk membetulkan situasi seolah kita mampu. Aku mula menerima suratan bahawa semua yang berlaku ada hikmahnya tersendiri dan kita bukanlah siapa-siapa yang berkuasa memberi solusi terhadap masalah-masalah yang menimpa seseorang.
Kenyataan klisé -- 'semua yang berlaku adalah izinNya' yang seringkali kita lupa lantas menyalahkan orang yang terbabit secara langsung atau tidak langsung. Pernah suatu pagi, aku terjaga dari tidur, menyedari belum solat isya…

Live

The thing about 'love' that we cannot deny is 'hurt'
You started with nobody, just 'hi', then it developed, you get to know each other and after some time, the feeling started to develop and you felt love and began creating memories. From simple one to the most complex one. You feel like you own the world, you are in cloud nine.
But the feeling is hard to last I guess.
You have to expect misunderstood, give up & goodbye moments by any means, no matter how hurt it is, isn't it? You have to expect things don't always work like you want to anyway and not many people can tag along for what you have been doing. 
But LIVE. It is not even the end of the world and don't cling too much for the memories and what lies behind you no matter how hard it is for you to not cling on things.
Reality surprises and hurts you because it serves to teach you.









Nightmare

Image
You know you suck and stuck when you could actually do nothing to change the situation, instead you could only blame yourself for what had happened.
I don't know for how many times the same song had been repeatedly played and for how many times I got my eyes teary.
And I know now how suck it is to not be able to write down what you could actually feel at the moment.
If you know this would happen, perhaps you could set aside your ego, preserve what you would have preserved and be a little bit lenient and tolerant to other people especially your loved one.
But, it happened anyway (though I have always prayed it was one of the worst nightmare I have ever faced)
I hope this would heal sooner..


Wanita Cekal

Semester enam ni aku belajar subjek Keusahawanan dengan seorang pensyarah yang aku kira agak veteran dan sangat berpengalaman. Namanya Prof. Madya Dr. Kalsom Abd. Wahab. Pertama kali beliau masuk kelas, aku tak sangka yang beliau menyimpan seribu satu cerita yang aku-sendiri-tak-tahu-mampu-tanggung-ke-tak. Perwatakan beliau yang ceria dan menghiburkan tak menampakkan beliau seperti seorang yang sudah menjangkau umur 60 tahun.
Kuliah pertama, seperti biasa, kami akan diberi penerangan tentang course outline, pengenalan kepada subjek, topik-topik yang akan dipelajari sepanjang sem dan cara pemarkahan. Bila berkata tentang buku yang boleh dirujuk, beliau mengeluarkan sebuah buku. Beliau berkata sambil tersenyum bahawa buku tersebut ditulis oleh anak tunggalnya, seorang pensyarah di salah sebuah universiti. Tidak lama selepas itu, kami perasan perubahan pada riaknya, beliau menangis. Beliau berkata, "sebenarnya, saya tak suka bila tengok buku ni. Buku ni mengingatkan saya tentang an…

Perempuan Sulung

Mungkin bagi sesetengah daripada kita menganggap cuti adalah masa rehat yang paling sesuai. Bebas daripada segala kerja, boleh keluar melepak dan sebagainya. Bagi aku pula, mungkin aku bebas daripada bebanan kerja assignment, kerja event universiti (kadang-kadang lah sebab biasanya cuti aku akan dipotong sebab aku join macam-macam event anjuran universiti) dan aku boleh melepak kat rumah buat apa yang aku suka. Tapi aku rasa aku takdelah cuti sangat pun sebenarnya.
Rutin aku setiap kali cuti semester seperti boleh diagak. Kalau tahun-tahun sebelumnya (masa Iqa dan Amin sekolah rendah), setiap pagi, aku kena hantar mereka ke sekolah, kemas rumah, jemur baju. Petang; ambil mereka dari sekolah, beli barang-barang, kalau rajin - masak, angkat baju kat jemuran. Malam; kalau diperlukan, tolong mereka buat kerja sekolah, lipat baju dan tidur. Rutin tu akan berulang setiap hari. Kalau ada tetamu datang, iya, tenaga extra diperlukan. Tolong beli barang, memasak di dapur, basuh pinggan mangkuk…

Signifikasi Ole-Ole

Beberapa minggu lepas (20-24 Januari 2015), aku dan beberapa orang teman mengikuti lawatan akademik ke negara jiran, Indonesia. Kami ke Pekanbaru, Bukittinggi dan Padang. Trip 4 hari yang aku kira sangat penuh dan mengujakan. Ya, kalau dilihat dari segi kemodenan, Malaysia jauh lebih maju, tapi ada sesetengah nilai yang ada pada Indonesia yang agak mengagumkan aku. Antaranya tentang kehebatan mereka memelihara kultur mereka. Sangat jelas dapat dilihat dari segi seni bina, penggunaan bahasa Indonesia pada papan tanda dan pakaian mereka.
Boleh dikatakan, kami menempuhi perjalanan yang agak panjang dan jauh. Hari pertama, kami tiba di Pekanbaru. Hari kedua, kami ke Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kassim yang terletak di Pekanbaru, kemudian ke Bukittingi. Pekanbaru ke Bukittinggi memakan masa 6-7 jam perjalanan. Pada hari ketiga, kami berjalan di sekitar Bukittinggi (i.e. Puncak Lawang, Pasar Atas dan Lobang Jepang). Pada malamnya pula, aku bersama dua orang teman menikmati makana…

Perihal Gender-bias dan Toleransi

Image
Menghadiri satu talk Transgender anjuran Sahabat Yadim USIM tahun lepas (rujuk poster), salah seorang panel, Dr. Nik Salida ada memberitahu tentang perbezaan antara istilah Gender dan Sex. Menurutnya, Gender adalah sifat Maskulin atau Feminin seseorang, manakala Sex pula adalah Male atau Female. Kebanyakan orang salah anggap tentang maksud dua istilah ini. Seseorang yang transgender adalah mereka yang mengalami kecelaruan identiti dan sampai satu masa mengambil keputusan untuk mengubah alat kelaminnya.
Menurutnya juga, tidak salah sekiranya seseorang yang ber-sex-kan male tetapi ber-gender-kan feminin, dan tak menjadi kesalahan juga sekiranya seseorang yang ber-sex-kan female tetapi bergenderkan maskulin. Tetapi orang kita kebanyakannya melarang seseorang lelaki yang bekerja sebagai Mak Andam dan adakalanya orang menegah perempuan yang bekerja sebagai pemandu. Beliau memberi satu contoh mudah, sebenarnya kita dididik seawal usia laki tentang pembahagian tugas dan tanggungjawab untuk …

Perihal Ego

Kadang-kadang, aku terfikir kenapa sesetengah daripada kita terlalu diuji dengan perasaan bersalah yang menebal dan ada sesetengah yang lain asyik mahu tunding jari dan menyatakan semua adalah kesalahan orang lain.
Ini bukan soal iman siapa yang kuat atau lemah. Tak lain tak bukan, soal ego.
Tiada egokah mereka yang sering merasa bersalah dan tinggikah ego mereka yang menunding jari?
Makin aku fikir, makin susah untuk aku hadam perangai manusia.




Cinta Rasuah

Perbualan bersama seorang rakan, Mirali di sebuah restoran di Nilai, usai tamat peperiksaan semester lima. Aku dan dia memang selalu lepak di kedai makan, sampai berjam-jam lamanya, membincangkan entah apa-apa topik.
"Aku rasa cinta ni macam rasuah..." kata aku, menukar topik perbualan.
"Kenapa?" Tanyanya kehairanan. Mungkin pelik tiba-tiba topik itu keluar tanpa sebarang pengenalan.
"Takdelah. Sebab kau boleh buat orang jatuh cinta dengan hanya memberi. Kau bagi, bagi, lama-lama orang rasa terhutang budi. Kalau kau tak bagi, lama-lama rasa tu memudar..."
Dia menarik hela dan berkata, "salah tu.. aku tak rasa cinta tu rasuah. Kau bagi rasuah dekat orang yang kau benci. Tapi kalau sekejap ada, sekejap takde tu, normal lah. Sebab tu kena selalu semai..."
'Nice point buddy', kataku dalam hati sambil mengangguk. "Jadi, cinta tu umpama baja?"

"Haha. Pun boleh lah. Lawak lah berfalsafah cinta waktu tengah hari terik ni. Dah 2 j…