Posts

Showing posts from December, 2014

Rakyat Malaysia dan Banjir

Image
Bila orang tanya apa yang kau rasa unik dan best tentang Malaysia? Orang akan jadi macam pelancong. Maksud aku, rakyat Malaysia sendiri akan beritahu jawapan yang klise seperti makanan, tempat-tempat menarik seperti KLCC, Pulau Langkawi, Pulau Perhentian.. Ada juga yang akan bercerita tentang kepelbagaian kaum dan sebagainya.
Ya, memang diakui itu antara unique features tentang Malaysia. Dialog klise lain, "walaupun kita hidup berbilang kaum, kita masih dan tetap harmoni." Rakyat Malaysia sangat menghormati antara satu sama lain, yada, yada, yada. Aku suka dengan sikap ni.
Tapi, aku perasan.. Yang meng-unik-kan lagi tentang rakyat Malaysia adalah sikap suka membuat telahan sendiri, exaggerate tentang sesuatu perkara dan cepat 'gelabah' dengan isu semasa. Aku tak tahu nak perihalkan bagaimana.. Tapi itu lah realiti Malaysian. Ambil contoh tentang isu sekarang, perihal Banjir besar di Pantai Timur. Aku sangat menyanjungi sikap rakyat yang prihatin. Pelbagai bantuan cu…

Travelog Memburu Passport

Image
9.12.2014  Selasa
Aku tak tahu macam mana nak describe mengenai perjalanan ni. Ikutkan niat hanyalah untuk membuat passport sahaja. Ada beberapa tempat yang dicadangkan untuk membuat passport sama ada di UTC Kajang atau di Jabatan Imigresen di Putrajaya. Tapi, aku tak tahu di mana UTC di Kajang dan cara nak ke sana menggunakan public transport. Ah senang je sebenarnya. Aku boleh naik KTM sampai ke Kajang, sampai sana naik je lah teksi ke UTC. Mungkin saja-saja mahu rasa adventure, aku pilih untuk ke Putrajaya. Jadi, hari Selasa, mengenangkan kelas pagi dibatalkan, aku memulakan perjalanan pukul 10 pagi.
Satu habit aku, aku tak suka menyusahkan orang. Selagi aku boleh berdiri atas kaki sendiri, mencari jalan dan berdikari, aku rasa better aku buat sendiri. Pukul 10 pagi, aku gerak ke KTM Nilai, beli tiket sehala ke BTS. Sampai ke BTS, aku naik ERL ke Putrajaya. Ya, ini kali pertama aku menaiki ERL sebenarnya. Agak kagum dengan accomodation dalam ERL tu, tapi perjalanan dari ERL BTS ke…