Posts

Showing posts from November, 2014

Perihal Coffee Talk dan Photoshop

Image
Semenjak masuk sem 5 ni, aku tak lagi menceburkan diri dalam kerja-kerja organisasi, aku rasa aku enjoy jadi freelance lagi daripada sibuk dengan mesyuarat yang berpanjangan, karenah birokrasi yang meletihkan. Setahun bersama organisasi (sekretariat fakulti; Syariah & Law Club dan kelab di bawah kelolaan HEP; Kelab Debat) banyak mengajar aku selok-belok dunia korporat(?) Aku tak tahu apa perkataan yang sesuai untuk menggambarkan tentang selok-belok dunia ni. Yelah, berdepan dengan karenah birokrasi, organizational behavior dan sebagainya. Tapi aku dapat banyak 'soft skill'. Dan aku mungkin dah pun establish nama aku sebagai 'designer' (kot?) untuk apa-apa program. Orang dah recognize kita sebagai designer pun sebenarnya dah bagi sesuatu yang besar kot bagi aku sebab aku tak pernah rasa aku layak pun dapat gelaran tu. Design pun simple habis, aku nak cakap artwork aku sebagai satu nilai seni pun rasanya banyak lagi yang kena praktis.
Jadi, aku sibukkan diri dengan …

The Ultimate Love Story

Image
Among other love stories that have been played in the TV or even in reality,
I would always adore this or any of this kind.



I just love to see how deeply they fall for each other despite the look.
Imperfections -- Never amputate the feelings though. It somehow creates an ultimate love story.




Kisah Sang Realis dan Sang Idealis

Image
Kadang-kadang, betapa kejamnya mejadi Sang Realis, yang mampu menggoyahkan mimpi Sang Idealis hanya sekelip mata. Kejamnya dia apabila tidak memberi peluang kepada Sang Idealis mengorak angan dan memprovok setiap apa yang difikir Sang Idealis.
Maka, antara angan dan sedar, Sang Idealis mula melupakan mimpi-mimpinya hanya kerana satu kata -- "berpijaklah pada bumi yang nyata, bukan terawang di awangan semata."
Kejamnya Sang Realis --  seolah dia tidak pernah punya mimpi. Hidup hanya bersandar realiti.


12112014
0114



Rapuh

Image
Perasaan yang paling rapuh -- apabila kau rindu pada yang telah tiada



Disebabkan memori telefon aku hampir penuh, telefon selalu hang, aku decide untuk membuang separuh gambar yang sudah pun dibluetoothkan ke laptop. Memang terlalu banyak gambar untuk seorang pencinta memori seperti aku. Hatta gambar zaman sekolah, tamhidi, awal-awal tahun pengajian degree masih tersimpan rapi di dalam telefon walaupun sudah pun dipindahkan ke laptop. 
Ketika membelek-belek dan memilih gambar untuk dibuang, aku ternampak gambar-gambar kenangan aku bersama arwah Che. Terlalu banyak gambar kenangan. Aku membuka kesemua gambar tersebut. Gambar selfie bersama, gambar ketika hari raya, gambar aku menemaninya ke hospital dan sebagainya. Aku tak dapat menahan sebak. Serta-merta air mata seakan mahu mengalir keluar. Cepat-cepat aku menahan sebak dan bajet cool di hadapan kawan-kawan rumahku.




Tak lama selepas itu, Nani whatsapp aku. Rindu katanya. Sungguh melankolik rasanya. Ketika aku rindukan yang telah tia…

Ulasan Debat Polisi Universiti 2.0

Image
Semalam (7 November 2014), berlangsungnya Debat Polisi Universiti buat kali kedua sempena PRK USIM. Kali pertama diadakan pada tahun lepas. InsyaAllah program ini akan menjadi program tahunan setiap kali menjelang PRK USIM. Program ini bertitik tolak daripada usaha SLC lepas (walaupun tahun lepas sumpah kurang gila audiens dan calon MPP yang turun padang dan melibatkan diri). Aku walaupun sudah bersara secara langsung dari SLC, tapi atas sebab teknikal, SLC baru menyatakan hajat dan meminta aku untuk memberi sumbangan dari segi poster hebahan. Maka, jadilah poster simple yang dihebahkan di FB dan hard copy poster yang diedarkan sekitar fakulti. Simple simple pun, aku rasa satu kepuasan. Mungkin sebab ni merupakan Debat Polisi Universiti Kedua dan aku dapat nilai perkembangan artwork setelah setahun.

Ok, main focus adalah tentang debat polisi. Tentang poster nanti lah aku cerita di lain post. Gaya macam hebat sangat je nak claim-claim poster ni. Heh. Mohon jangan bash gua. Hewhew.
Deb…

Kecil Cilik

Image
96 friend request di Facebook buat masa ini. Tak rasa mahu approve siapa-siapa.
Tapi, satu hari aku terpandang tab 'other' di bahagian mesej facebook. Ada menunjukkan satu (1) mesej daripada seseorang yang belum menjadi kawan aku di FB. Bila buka tab tersebut, aku tidak cam siapa pengirimnya itu. Tapi aku tersenyum akhirnya. Cepat-cepat aku approve request dia. Mesej tersebut bertulis begini... 


What can I say? Aku terharu. Sangat terharu.  Rasa keikhlasan terpancar pada kalimahnya.
Ainaa ni berumur 9 tahun. Bukanlah daripada kalangan ahli keluargaku. Merupakan anak keempat daripada 6 beradik (4 lelaki, 2 perempuan). Aku rasa aku harus hafal semua adik-beradiknya kerana bagi aku mereka sangat istimewa. Mereka merupakan anak yatim. Ibu mereka meninggal seawal si bongsu (Iki) berusia 2 bulan kerana penyakit kanser.
Aku baru sahaja mengenali mereka sewaktu cuti panjang semester 4. Ayahnya memberitahu ibuku perihal anak-anak perempuannya (Ainaa dan Wawa), tentang pelajaran mereka…

Huge Pleasure

Image
Small thing makes a huge pleasure -- to those who know how to appreciate

:)