Posts

Showing posts from August, 2014

Pesan Ibu 02: Rezeki

Image
Ibu boleh dikatakan sebagai angel bagi aku. Tak pernah lokek nak tolong orang walaupun diri dalam kesusahan. Walau ada sahaja keluhan yang akan keluar daripada mulutnya, tapi hanya kami sahaja yang tahu. 
Aku tahu ini mungkin sikap biasa. Tolong orang itu perkara biasa. Menderma, senyum dan sebagainya. Tapi, tak semua boleh buat benda tu seikhlas hati. Ambil contoh aku lah. Mungkin aku boleh memaniskan muka semanis-manisnya bila orang minta tolong, tapi jauh di sudut hati, aku menyinga. Kadang-kadang tersembul keluar juga sikap 'menyinga' tu. Tarik muka, senyap dan tak senyum.
Tapi ibu, walau aku tak tahu sedalam mana tahap keikhlasannya, aku dapat baca daripada reaksi orang. Orang amat menyenangi dia. Lihat sahaja baru-baru ini. Dia dimasukkan ke dalam hospital kerana denggi. Agak lama durasinya (9 Ogos 2014 - 17 Ogos 2014). Dalam tempoh tersebut, 4 hari dia di ICU. Bagi aku, tu antara kesedihan terbesar bila melihat seorang angel jatuh sakit.
Ramai sangat kawan-kawannya dat…

Pesan Ibu 01: Memasak

Image
Aku rasa sejak membesar ni, banyak masa aku spend dengan ibu. Walhal, masa kecil, aku amat-amatlah anak abah. Sampaikan abah pernah cerita yang aku masa kecil, taknak duduk belakang atau atas riba ibu. Nak duduk kat abah je even abah tengah drive masa tu. So, waktu spend masa dengan ibu, banyak benda yang kitorang kongsi. Jadi, aku rasa nak tulis 'Pesan Ibu' ni ikut topik. 'Pesan Abah' pun ada jugak, tapi episod dia maybe tak sebanyak pesan ibu.


Perihal memasak.

Aku dah diajar untuk masuk ke dapur seawal masuk usia belasan tahun. Malaslah macam mana sekalipun, ibu akan paksa juga aku duduk kat dapur. Tolong kopek bawang, potong cili, kentang dan sebagainya. Dah besar sikit, ibu ajar cara nak siang ayam, ikan, udang, sotong & etc. Tipulah kalau aku ni redha orangnya. Senang je nak tolong ibu dengan muka yang senang hati. Jiwa mana yang tak memberontak. Muda-muda lagi dah kena masuk dapur. Menyumpah tu memang ada. Tarik muka pun wajib. Aku tengah syok-syok layan fac…