Posts

Showing posts from 2014

Rakyat Malaysia dan Banjir

Image
Bila orang tanya apa yang kau rasa unik dan best tentang Malaysia? Orang akan jadi macam pelancong. Maksud aku, rakyat Malaysia sendiri akan beritahu jawapan yang klise seperti makanan, tempat-tempat menarik seperti KLCC, Pulau Langkawi, Pulau Perhentian.. Ada juga yang akan bercerita tentang kepelbagaian kaum dan sebagainya.
Ya, memang diakui itu antara unique features tentang Malaysia. Dialog klise lain, "walaupun kita hidup berbilang kaum, kita masih dan tetap harmoni." Rakyat Malaysia sangat menghormati antara satu sama lain, yada, yada, yada. Aku suka dengan sikap ni.
Tapi, aku perasan.. Yang meng-unik-kan lagi tentang rakyat Malaysia adalah sikap suka membuat telahan sendiri, exaggerate tentang sesuatu perkara dan cepat 'gelabah' dengan isu semasa. Aku tak tahu nak perihalkan bagaimana.. Tapi itu lah realiti Malaysian. Ambil contoh tentang isu sekarang, perihal Banjir besar di Pantai Timur. Aku sangat menyanjungi sikap rakyat yang prihatin. Pelbagai bantuan cu…

Travelog Memburu Passport

Image
9.12.2014  Selasa
Aku tak tahu macam mana nak describe mengenai perjalanan ni. Ikutkan niat hanyalah untuk membuat passport sahaja. Ada beberapa tempat yang dicadangkan untuk membuat passport sama ada di UTC Kajang atau di Jabatan Imigresen di Putrajaya. Tapi, aku tak tahu di mana UTC di Kajang dan cara nak ke sana menggunakan public transport. Ah senang je sebenarnya. Aku boleh naik KTM sampai ke Kajang, sampai sana naik je lah teksi ke UTC. Mungkin saja-saja mahu rasa adventure, aku pilih untuk ke Putrajaya. Jadi, hari Selasa, mengenangkan kelas pagi dibatalkan, aku memulakan perjalanan pukul 10 pagi.
Satu habit aku, aku tak suka menyusahkan orang. Selagi aku boleh berdiri atas kaki sendiri, mencari jalan dan berdikari, aku rasa better aku buat sendiri. Pukul 10 pagi, aku gerak ke KTM Nilai, beli tiket sehala ke BTS. Sampai ke BTS, aku naik ERL ke Putrajaya. Ya, ini kali pertama aku menaiki ERL sebenarnya. Agak kagum dengan accomodation dalam ERL tu, tapi perjalanan dari ERL BTS ke…

Perihal Coffee Talk dan Photoshop

Image
Semenjak masuk sem 5 ni, aku tak lagi menceburkan diri dalam kerja-kerja organisasi, aku rasa aku enjoy jadi freelance lagi daripada sibuk dengan mesyuarat yang berpanjangan, karenah birokrasi yang meletihkan. Setahun bersama organisasi (sekretariat fakulti; Syariah & Law Club dan kelab di bawah kelolaan HEP; Kelab Debat) banyak mengajar aku selok-belok dunia korporat(?) Aku tak tahu apa perkataan yang sesuai untuk menggambarkan tentang selok-belok dunia ni. Yelah, berdepan dengan karenah birokrasi, organizational behavior dan sebagainya. Tapi aku dapat banyak 'soft skill'. Dan aku mungkin dah pun establish nama aku sebagai 'designer' (kot?) untuk apa-apa program. Orang dah recognize kita sebagai designer pun sebenarnya dah bagi sesuatu yang besar kot bagi aku sebab aku tak pernah rasa aku layak pun dapat gelaran tu. Design pun simple habis, aku nak cakap artwork aku sebagai satu nilai seni pun rasanya banyak lagi yang kena praktis.
Jadi, aku sibukkan diri dengan …

The Ultimate Love Story

Image
Among other love stories that have been played in the TV or even in reality,
I would always adore this or any of this kind.



I just love to see how deeply they fall for each other despite the look.
Imperfections -- Never amputate the feelings though. It somehow creates an ultimate love story.




Kisah Sang Realis dan Sang Idealis

Image
Kadang-kadang, betapa kejamnya mejadi Sang Realis, yang mampu menggoyahkan mimpi Sang Idealis hanya sekelip mata. Kejamnya dia apabila tidak memberi peluang kepada Sang Idealis mengorak angan dan memprovok setiap apa yang difikir Sang Idealis.
Maka, antara angan dan sedar, Sang Idealis mula melupakan mimpi-mimpinya hanya kerana satu kata -- "berpijaklah pada bumi yang nyata, bukan terawang di awangan semata."
Kejamnya Sang Realis --  seolah dia tidak pernah punya mimpi. Hidup hanya bersandar realiti.


12112014
0114



Rapuh

Image
Perasaan yang paling rapuh -- apabila kau rindu pada yang telah tiada



Disebabkan memori telefon aku hampir penuh, telefon selalu hang, aku decide untuk membuang separuh gambar yang sudah pun dibluetoothkan ke laptop. Memang terlalu banyak gambar untuk seorang pencinta memori seperti aku. Hatta gambar zaman sekolah, tamhidi, awal-awal tahun pengajian degree masih tersimpan rapi di dalam telefon walaupun sudah pun dipindahkan ke laptop. 
Ketika membelek-belek dan memilih gambar untuk dibuang, aku ternampak gambar-gambar kenangan aku bersama arwah Che. Terlalu banyak gambar kenangan. Aku membuka kesemua gambar tersebut. Gambar selfie bersama, gambar ketika hari raya, gambar aku menemaninya ke hospital dan sebagainya. Aku tak dapat menahan sebak. Serta-merta air mata seakan mahu mengalir keluar. Cepat-cepat aku menahan sebak dan bajet cool di hadapan kawan-kawan rumahku.




Tak lama selepas itu, Nani whatsapp aku. Rindu katanya. Sungguh melankolik rasanya. Ketika aku rindukan yang telah tia…

Ulasan Debat Polisi Universiti 2.0

Image
Semalam (7 November 2014), berlangsungnya Debat Polisi Universiti buat kali kedua sempena PRK USIM. Kali pertama diadakan pada tahun lepas. InsyaAllah program ini akan menjadi program tahunan setiap kali menjelang PRK USIM. Program ini bertitik tolak daripada usaha SLC lepas (walaupun tahun lepas sumpah kurang gila audiens dan calon MPP yang turun padang dan melibatkan diri). Aku walaupun sudah bersara secara langsung dari SLC, tapi atas sebab teknikal, SLC baru menyatakan hajat dan meminta aku untuk memberi sumbangan dari segi poster hebahan. Maka, jadilah poster simple yang dihebahkan di FB dan hard copy poster yang diedarkan sekitar fakulti. Simple simple pun, aku rasa satu kepuasan. Mungkin sebab ni merupakan Debat Polisi Universiti Kedua dan aku dapat nilai perkembangan artwork setelah setahun.

Ok, main focus adalah tentang debat polisi. Tentang poster nanti lah aku cerita di lain post. Gaya macam hebat sangat je nak claim-claim poster ni. Heh. Mohon jangan bash gua. Hewhew.
Deb…

Kecil Cilik

Image
96 friend request di Facebook buat masa ini. Tak rasa mahu approve siapa-siapa.
Tapi, satu hari aku terpandang tab 'other' di bahagian mesej facebook. Ada menunjukkan satu (1) mesej daripada seseorang yang belum menjadi kawan aku di FB. Bila buka tab tersebut, aku tidak cam siapa pengirimnya itu. Tapi aku tersenyum akhirnya. Cepat-cepat aku approve request dia. Mesej tersebut bertulis begini... 


What can I say? Aku terharu. Sangat terharu.  Rasa keikhlasan terpancar pada kalimahnya.
Ainaa ni berumur 9 tahun. Bukanlah daripada kalangan ahli keluargaku. Merupakan anak keempat daripada 6 beradik (4 lelaki, 2 perempuan). Aku rasa aku harus hafal semua adik-beradiknya kerana bagi aku mereka sangat istimewa. Mereka merupakan anak yatim. Ibu mereka meninggal seawal si bongsu (Iki) berusia 2 bulan kerana penyakit kanser.
Aku baru sahaja mengenali mereka sewaktu cuti panjang semester 4. Ayahnya memberitahu ibuku perihal anak-anak perempuannya (Ainaa dan Wawa), tentang pelajaran mereka…

Huge Pleasure

Image
Small thing makes a huge pleasure -- to those who know how to appreciate

:)

Harapan Abah 01: Monolog Penulisan

Image
Terlalu banyak benda berlaku sampai tak mampu teringat, tak mampu tertaip apatah lagi terkenang. Saban waktu, aku kerap mengunjungi blog untuk mencurahkan sisa-sisa perasaan dan pemikiran, tetapi sudahnya aku hanya tinggalkan draf yang tidak berkesudahan.
Mungkin makin lama, pendam lagi bagus? Atau skil penulisan aku sudah pun kelaut? Atau bilangan pengunjung yang sudah tiada?  (ah, aku tak kisah.. aku lagi suka begini sebenarnya. Tak perlu tulis to impress) Atau aku malas?  (Last punya alasan paling prevail!)
Apa-apa pun.. Cerita 26 Oktober 2014, Jam 0030 di KLIA


Semalam, alhamdulillah, rombongan haji KT 40 selamat tiba di KLIA. Aku antara khalayak yang berada di depan, dengan tenang dan sabar menanti ketibaan ibu dan abah. Sementara menanti, aku memerhatikan gelagat mereka yang sudah tiba. Hati kecil aku bertanya, "kenapa mesti nangis tiap kali rombongan haji sampai?" dan aku terus memerhati dan menanti kemunculan dua sosok yang aku rindui. Soalan itu terjawab sehinggalah…

If only

Let us alone swimming in the ocean,
with the big wave lashing all over us --
drowning over the body deep deep down,
crashing all the hopes, enclosed by the fear..

Possibly none will rescue us, we thought..

Till the very end of day,
Let alone died with the paralyzing fear of being disdained

If only we knew, there are people that would always stand with us.
If only we realized there are few.

24092014,
Desa Anggerik, Nilai







Ketidaktelusan Sistem Pendidikan Malaysia

11 September 2014
Sepatutnya hari ni adik-adik UPSR sudah pun merdeka, tidak payah dihantui dengan jembalang peperiksaan lagi. Tapi ternyata, sikap segelintir orang yang tidak bertanggungjawab, tidak telus bekerja membocorkan soalan, memang satu kenyataan yang tidak boleh diterima.

Tapi aku sedikit pun tak hairan bila dapat tahu berita soalan-soalan bocor. Aku dengan rasa rendah diri rasa, patut hapuskan sahaja peperiksaan yang besar-besar ni. Saban tahun dengar soalan bocor, apa kes?
Sudahlah Malaysia dimomokkan dengan negara yang agak kurang dari segi pendidikan. Terlalu exam-oriented. Peperiksaan demi peperiksaan perlu diambil untuk melayakkan pelajar pergi ke peringkat-peringkat seterusnya. Ya, tak dapat dinafikan, acuan ini telah lama. Sistem pendidikan yang menyimpang dari tujuan sebenar -- seharusnya memberi pemahaman dan menjadikan pelajar menuntut ilmu secara holistik, tetapi disudahi dengan pelajar hanya diajar untuk menjawab soalan demi soalan, tanpa pemahaman yang jitu. P…

Pesan Ibu 02: Rezeki

Image
Ibu boleh dikatakan sebagai angel bagi aku. Tak pernah lokek nak tolong orang walaupun diri dalam kesusahan. Walau ada sahaja keluhan yang akan keluar daripada mulutnya, tapi hanya kami sahaja yang tahu. 
Aku tahu ini mungkin sikap biasa. Tolong orang itu perkara biasa. Menderma, senyum dan sebagainya. Tapi, tak semua boleh buat benda tu seikhlas hati. Ambil contoh aku lah. Mungkin aku boleh memaniskan muka semanis-manisnya bila orang minta tolong, tapi jauh di sudut hati, aku menyinga. Kadang-kadang tersembul keluar juga sikap 'menyinga' tu. Tarik muka, senyap dan tak senyum.
Tapi ibu, walau aku tak tahu sedalam mana tahap keikhlasannya, aku dapat baca daripada reaksi orang. Orang amat menyenangi dia. Lihat sahaja baru-baru ini. Dia dimasukkan ke dalam hospital kerana denggi. Agak lama durasinya (9 Ogos 2014 - 17 Ogos 2014). Dalam tempoh tersebut, 4 hari dia di ICU. Bagi aku, tu antara kesedihan terbesar bila melihat seorang angel jatuh sakit.
Ramai sangat kawan-kawannya dat…

Pesan Ibu 01: Memasak

Image
Aku rasa sejak membesar ni, banyak masa aku spend dengan ibu. Walhal, masa kecil, aku amat-amatlah anak abah. Sampaikan abah pernah cerita yang aku masa kecil, taknak duduk belakang atau atas riba ibu. Nak duduk kat abah je even abah tengah drive masa tu. So, waktu spend masa dengan ibu, banyak benda yang kitorang kongsi. Jadi, aku rasa nak tulis 'Pesan Ibu' ni ikut topik. 'Pesan Abah' pun ada jugak, tapi episod dia maybe tak sebanyak pesan ibu.


Perihal memasak.

Aku dah diajar untuk masuk ke dapur seawal masuk usia belasan tahun. Malaslah macam mana sekalipun, ibu akan paksa juga aku duduk kat dapur. Tolong kopek bawang, potong cili, kentang dan sebagainya. Dah besar sikit, ibu ajar cara nak siang ayam, ikan, udang, sotong & etc. Tipulah kalau aku ni redha orangnya. Senang je nak tolong ibu dengan muka yang senang hati. Jiwa mana yang tak memberontak. Muda-muda lagi dah kena masuk dapur. Menyumpah tu memang ada. Tarik muka pun wajib. Aku tengah syok-syok layan fac…

Tragedi MH - Europa

Image
Petik kata member aku: Ada mood, takde idea. Ada idea, takde masa. Ada masa, takde mood. Tu lah hidup blogger. Aku pun tak declare dah diri aku as blogger kot. Last sem, satu entri je up. Sem ni pun last sekali bulan Januari. Malas. Tu je sebenarnya. Lol.
Mungkin agak lapuk. Benda ni aku dah lama nak tulis since the day MH 370 found missing. Tapi aku tunggu sampai ke usaha penemuan. Hampa. Hari tu balik rumah naik flight pun, ada je fikiran buruk menerjah akal. Macam mana kalau jadi macam tragedi MH 370. Aku imagine kalau aku one of the passenger dalam flight tu. Thrilling. Aku bukanlah fobia, tapi mungkin jadi habit (yang tak berapa elok sebenarnya) fikir benda bukan-bukan. Contoh kalau tengah drive or ride, ada je fikir, macam mana kalau aku accident nanti. Lepas tu meremang satu badan. Nauzubillah.
Cakap-cakap mengenai MH 370 pun dah makin kurang. Kiranya macam fasa move on lah. But then, sukar kot nak move on dari benda yang tak nampak depan mata. Menghilang entah ke mana. Oh ye,…

Mereka mengajarku

Image
Insiden di Hospital USM, Kubang Kerian.

Sewaktu menunggu ketibaan abang aku untuk menjemput aku dengan nenek aku di sana semalam, aku terhibur melihat keletah dua orang kanak-kanak. Berbasa-basi, aku pun menghulurkan tangan, tanda salam. Sambil mulut mengungkapkan "Salam..."
Budak dua orang tu menyambut salamku. Aku meramahkan lagi bertanya, "nama apa dik, umur berapa?"
"Tengku Fasihah Aqilah.. Adik nama Amanda" Memang kebiasaan budak akan menjawab nama panjang bila ditanya. Tapi nama yang sorang lagi, pendek pun takpe. 
"Panjangnya nama.. Nak panggil apa?" Tapi, dia still menyebut nama panjangnya. Aku tergelak sendiri. "Umur berapa dik?" Tanyaku lagi
"Umur lima tahun, adik umur.. emm.. lima..." 
"Aik, lima jugak?" Obviously budak-budak memang akan tahu lebih pasal diri mereka.
"Akak umur berapa?" Tanyanya sambil tangan mula menyentuh headphone yang aku pakai
"Teka.." 
"Em.. Enam tahun?"…