Posts

Showing posts from September, 2013

Ulasan Novel: Dwilogi Padang Bulan (Bhg. 1)

Image
Sedar tak sedar dah nak berakhir dah cuti 2 bulan kat rumah. Keazaman nak update blog terbantut sebab macam2 hal kat rumah. So, aku isi masa aku dengan baca novel. Seperti yang dinyatakan di title, aku nak buat ulasan Dwilogi Novel Padang Bulan karangan Andrea Hirata. Tapi disebabkan ni adalah dwilogi (dua novel), aku akan mulakan dengan novel yang pertama: Padang Bulan.
Jujurnya, novel ni aku beli 2 tahun lepas lagi, tapi aku selalu bermalas-malasan nak baca, sehinggalah cuti baru-baru ni bila terdengar lagu 'Tegar - Aku yang dulu bukanlah yang sekarang,' terus teringat kisah salah satu watak dalam novel ni -- Enong.
Secara holistiknya, novel Padang Bulan mengisahkan tentang dua watak utama dalam cerita ini; Enong dan Ikal.

Enong merupakan seorang gadis melayu yang agak dhaif kehidupannya. Merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradik kepada pasangan Syalimah & Zamzani. Plot kehidupannya bermula apabila dia yang begitu meminati subjek Bahasa Inggeris telah kematian …