Posts

Showing posts from May, 2012

First Job

Image
2 Rejab dah ye? Tak lama lagi dah tu nak masuk bulan Ramadhan.

Officially, aku start keje part-time hari nie. Dekat lawyer firm ---> Muhamad & Co.. Hari nie pon agak tergesa2. Tak tau sama ada nak gi ke tak. Perghh. tak semangat langsung. Malu pon ada. Aku takleh nak imagine camne suasana keje kat situ sebenarnya. 
Then, I made up my mind, why not kalau aku pergi je? Dapat pengalaman jugak.. Erk, boleh la pulak nak pilih2 nak keje ke tak. Orang lain kemain cari kerja walaupun ada banyak kelayakan. Aku yang takde kelayakan nak main fikir2 camtu lak. Tak bersyukur langsung. Padahal, peluang dah ada depan mata.
Sesampainya kat sana, aku completely puzzle. Apa yang aku bakal buat? Pekerja pon tak ramai sangat. Dalam 2 orang lawyer, 2 orang kerani. Aku jadi apa tah nanti, buat kopi? Cleaner? Blurr gila. Ayah aku cakap ngan owner firm yang merangkap kawan dia. Kebetulan diorang pon short-staffed. So, why not aku isi kekosongan tu walaupun aku tak tau apa yang bakal aku buat.
Aku mana…

Rant on Malu

Image
Pernah ketika dalam kelas, ustazah Arabic 4, Puan Mina, bercakap tentang 'Malu'. Beliau cakap pasal tu sebab beliau hairan kenapa student tak mau tanya kalau tak faham. Kenapa mesti senyap? Mungkin sebab kitorang tak tau nak ngomong arab, so, malu la kalo salah... Ouh, so bad... (-,-")
Lepas tu, beliau memanjangkan lagi lecturenya dan bercakap perihal Malu ni. Dalam bahasa arab, ada 2 perkataan yang membawa maksud malu iaitu; Khajal & Haya' (حياء & خجل). Khajal tu malu  terhadap sesuatu. Basically, malu yang tak bertempat laa sebab dia rasa diri dia hina daripada orang lain. & so on. Contoh lain; malu nak tanya, malu nak present & etc..
Berbeza pulak dengan Haya'. Haya' ni sifat malu yang wajib ada dalam diri manusia. Haya' nie adalah malu yang bertempat & WAJIB ada dalam diri manusia. Contohnya; Malu nak melakukan kemungkaran, malu nak tengok maksiat & so on...
Lagipon dalam hadis, Nabi ada menyatakan:  Daripada Abu Hurairah r.a. …

Bola Sepak & Perempuan

Image
Lokasi: Di rumah
Pelakon: Along, Iqa & Amin

Suatu ketika, tersebutnya al-kisah 3 saudara sedang bersenang-lenang di ruang tamu rumah. Arakian si Along bertanya kepada si Iqa tentang Manchester United. Mengapakah begitu? Hal ini berketepatan dengan preman yang dipakainya; Jersi Manchester United yang baru diborong sehari sebelum itu..
Maka, perbualan pon bermula:
Si Along: Iqa, Iqa minat ke Man U?

Si Iqa: Ha'ah...

Si Along: Iqa cuba sebut Man U menang bape kali EPL?

Si Iqa: Ntah...

Si Along: Cuba sebut siapa antara pemain Man U?

Si Iqa: ..... Manalah Iqa tau!

Tetiba, ada orang mencelah...

Si Amin: alaaa Iqa.. Ingat Nani, Rooney....

Si Along: Iqa, cuba teka siapa coach Man U?

Si Iqa: ....

Si Amin: Tau... Alex Ferguson

Si Along: apalah Iqa nie.. cakap minat Man U..

Si Iqa: Alaaa.. Iqa tak tahu lah. Iqa minat je.



Haha. Aku duk tahan gelak je masa sesi soal jawab nie berlaku. Kesian Iqa kena muntah bulat2 dengan Along. Mentang2 la Along nie die-hard-fan Man U, senang je soal budak dengan soalan …

KA dalam kenangan

Image
Love this song. Maybe because of the lyrics and the melancholy melody. :)
Semalam pergi sekolah lama, SMKA Melor. Banyak betul perubahan; construction, guru2, landscape & of course students. Padahal baru 2 tahun tinggal sekolah. Kalau 10 tahun tinggal sekolah, memang tak kenal dah kot bangunan mana2.


Bila balik sekolah tadi, terimbau kenangan2 lama. For sure, aku masih ingat junior2 memandangkan aku seorang senior yang ramah. *padahal nak cakap ngan diorang pon kena tengok nametag dulu =.="*
Masa tengah jalan2 kat kawasan sekolah, sekali nampak sekumpulan pelajar duk usya2. *err. macam popstar lak.* Tiba2 terdengar sahutan...  "KA... KA... KA..."   Aaaa.. ada lagi panggilan tu? Seriously agak terkejut sebab zaman tu sudah berlalu.

Zaman bila tu? Apa KA tu?
*********************************************************
Maybe zaman tu agak kontroversi. Masa tu tahun 2010. Aku jadi Ketua Aspuri (KA). Yerp, being KA memang satu tugas yang sangat berat. Kena kawal disiplin pe…