Posts

Tentang Pengalaman Pertama Kali Mengundi dan Pandangan Mengenai PRU14

Image
Menginjak usia 25 tahun merupakan tahun pertama aku mengundi sempena Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. Julung-julung kali mengundi setelah suku abad kehidupan, bagiku adalah sesuatu yang agak mengujakan. Aku berasa sungguh dewasa diberi peluang untuk membuang undi. Selama ini, aku hanya mendengar ungkapan dan keluhan daripada bapaku, saudara-maraku mahupun orang-orang di sekelilingku. Tetapi kali ini, aku sendiri dapat merasai peluang ini dalam hidupku.
Pada 8 Mei 2018, aku dan beberapa orang rakanku car-pooling bersama menuju ke Kelantan. Seperti yang kita semua sedia maklum, perjalanan ke Pantai Timur dari Pantai Barat mengambil masa kira-kira tujuh ke lapan jam pada umumnya. Namun, pada musim-musim tertentu, perjalanan mampu menginjak sehingga 12-14 jam lamanya. Kami berkumpul di KL Sentral dan bertolak kira-kira pukul 3.40 petang setelah cukup korum. Sempat juga aku dan Afiq memborong beberapa buah buku di MPH NU Sentral yang sudah hampir setahun tak dijejaki sebelum bertolak pulang…

Harapan Abah 02: Ikhlas Menyayangi

Abah selalu pesan, “abah harap akak kahwin dengan orang yang betul-betul sayangkan akak macam abah sayangkan akak. Abah tak minta lebih. Kalau dia sayang akak macam abah, abah jamin akak bahagia...”
Aku selalu terfikir, kenapa satu kriteria sahaja yang abah tetapkan sebagai syarat untuk bakal menantunya padahal banyak lagi kriteria lain yang bapa-bapa lain tetapkan seperti beragama, hormat orang tua, sudah stabil dan sebagainya. Pendek kata, untuk menjadi menantu abah, kriteria itu sangat senang.
Tapi semakin masa berlalu, aku mula faham definisi sayang itu terlalu subjektif. Kau tidak pernah tahu jika seseorang sebenarnya betul-betul mampu menyayangi kau sebagaimana ibu dan bapa kau sebab segalanya indah pada permulaan dan pada saat manis sahaja. Walhal, sayang sebenarnya memberi maksud yang lebih meluas. Bagaimana dia berdepan dengan kau saat kau mengadu padanya tentang masalah kau, saat kau dan dia menghadapi masalah, saat kau perlu bertoleransi dengannya, saat dia berhadapan dengan …

Cabaran Pelajar Undang-Undang USIM

Post terakhir sebelum aku kembali menulis adalah bulan Disember 2015, sekarang sudah pun bulan April 2016. Perkara yang agak susah dan tidak konsisten pada aku adalah menulis. Apa tah menulis, membaca juga perkara yang agak sukar buat masa ini. Apa-apa pun masih mencuba untuk memaksa diri membaca.
Aku tengok di ruangan komen pada post ini, pada setiap tahun mesti ada komen daripada pelajar lepasan SPM yanag akan bertanyakan tentang program Syariah dan Undang-undang yang aku belajar di USIM. Sekarang sudah pun berada di semester lapan, dan bakal menamatkan pengajian pada tahun hadapan (insyaAllah). Aku tak tahu jawapan apa yang sepatutnya aku beri kepada mereka yang berminat untuk menyambung asasi atau ijazah di sini. Dan aku tak tahu lah sama ada tulisan ini bakal viral atau tidak. Sekurang-kurangnya aku hanya menulis untuk pertimbangan kalian yang masih muda, yang masih tercari hala tuju kehidupan selepas ini.
Sejujurnya, pada tahun ini, USIM masih belum mendapat pengikitirafan dari…

Persekitaran dan Kematangan

Hari ni masuk hari ke-6 study week dan secara rasminya, aku dah bazirkan enam hari aku dengan buat perkara yang sia-sia. Mungkin lumrah setiap kali study week, aku jadi tak keruan. Masa ni lah dugaan besar nak keluar berjalan, nak tengok movie, nak lepak, tidur, survey barang, survey rumah sewa, bilik sewa dan sebagainya. Mana entah semangat yang mula berkobar-kobar nak dapat dekan tiap kali periksa. Sekarang pointer asal lepas pun dah kira bersyukur.
Mungkin lah sejak masuk degree, aku cuba cari rentak. Aku pernah pegang sijil dekan masa tamhidi dua kali. Tamhidi bagi aku susah, transition dari zaman sekolah ke zaman pra-uni dan aku tak sangka, aku pernah dapat 3.9 something. Sekarang? Aku target lepas 3.0 jelah. Susah nak bawa subjek-subjek law dengan syariah ni. Tapi alasan susah tu sebab aku malas je rasanya. Dan sebab malas tu, salah satu mungkin sebab persekitaran aku.
Kalau semester-semester sebelum ni, aku diuji dengan benda lain sehingga membuatkan aku hilang fokus, semester…

Di Ambang Mock Trial USIM 5.0 (خطأ)

Image
Minggu depan, 2 Disember merupakan pementasan Mock Trial buat kali ke-5. Agak mengujakan untuk Mock Trial kali ni sebab aku merupakan ketua bagi unit Publisiti dan anak buah aku semuanya lelaki dan kerja publisti sangatlah banyak dan tak terkira. Bukan mengujakan sebab anak buah lelaki ya tapi sebab kerja-kerja yang terlampau banyak sampai aku memanfaatkan masa aku stay di fakulti sampai tengah malam, uruskan tempahan tiket, kira duit kasi cukup, bank-in duit dan sebagainya. Aku kira memadailah kesibukan aku untuk melupakan perkara-perkara yang agak menyerabutkan kepala dua tiga menjak ni.
Jadi, tugas publisiti apa? Menguruskan tempahan tiket, bunting dan poster dengan kedai Anjung Aksara dan menguruskan tempahan banner di Kedai Yuka Printing.Design poster rasmi, banner, bunting dan tag nama untuk Mock Trial kali ni. Aku tak kisah sangat pasal design sebab kami ada designer ulung, Alif Omar. Ni kali kedua dia design untuk Mock Trial. Design tiket dan menguruskan jualan tiket. Aku ambil…

Ulasan Teater: Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Image
18 Oktober 2015, aku bersama rakan-rakanku (Maryam, Salmah dan Fatehah) pertama kali menjejakkan kaki ke Istana Budaya untuk menonton persembahan teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Aku dah baca novel, dah tengok filem dan dah tengok teater. Jadi nak komen sedikit sebanyak pasal teater. Tak reti sebenarnya, tapi #siscoba


Dari segi pelakon, aku suka watak Hayati yang dibawakan oleh Nabila Huda, penuh penghayatan dan perasaan. Babak Hayati banyak menangis. Tak tahu lah lobam mana mata beliau nak bawa watak tu seminggu. Eheh. Watak Zainuddin yang dibawakan oleh Amar Baharin pula agak kurang menyengat tapi good job lah. Ada babak-babak Zainuddin yang aku rasa meresap ke dalam jiwa. Tapi antara Zainuddin teater dan Zainuddin filem, memang Zainuddin filem lagi win!

Dari segi plot penceritaan, dalam buku harus lah penceritaan yang paling holistik. Dengan bunga bahasa yang indah, plot cerita yang menarik dan lebih terperinci, jadi untuk dijadikan teater, pengarah kena tonjolkan beberapa ba…

Ulasan Filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Image
Bengkak mata menonton filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Pertama kali membaca novel karya Buya Hamka ini pun sudah mampu menitiskan air mata. 
Cerita yang mengisahkan seorang pemuda yang bernama Zainuddin dari Makassar yang merantau ke negeri kelahiran arwah bapanya di Batipuh, Padang Panjang. Ibunya merupakan orang Bugis, manakala bapanya berketurunan Minang. Zainuddin telah jatuh hati dengan Hayati yang berdarah Minangkabau. Tetapi percintaan mereka dihalang gara-gara Zainuddin dikatakan anak orang terbuang lantaran ibu Zainuddin berdarah Bugis, maka keturunannya tidak diakui. Zainuddin diarah oleh Ketua Adat Minangkabau supaya keluar dari Batipuh dan kemudiannya dia berhijrah ke Padang Panjang untuk belajar agama. Sebelum meninggalkan Batipuh, Hayati berjanji dan bersumpah untuk sentiasa bersama dan mencintai Zainuddin selagi hayat dikandung badan. Zainuddin berpegang dengan janji Hayati, berserta azam dan semangat, dia memulakan hidupnya di Padang Panjang. Cerita ini dihiasi…